Permulaan yang kurang baik






Jujur , aku tak faham kenapa susah sangat kita nak dapat apa yang kita hendak/mahu . aku tau perbezaan antara keperluan dengan kemahuan . Dua perbezaan yang jauh tapi kadang-kadang yang di mahu kan tu bukan sesuatu yang sukar tapi susah juga kita nak capai.Bukan sebab kita tapi sebab orang sekeliling . 

Jujur, aku tak faham kenapa orang suka memberi jawapan ya atau yes pada mula nya tapi lepas tu tidak dan no . Kenapa suka mainkan perasaan orang kalau jawapan dia tidak kenapa tidak beritahu awal-awal . 

Jujur , aku tak faham kenapa kadang-kadang ibu bapa atau penjaga atau orang lebih tua yang menjaga kita susah nak beri apa yang kita nak? sedangkan apa yang kita mahukan tu bukan sesuatu yang buruk atau memudaratkan . Kenapa mereka tidak pernah terfikir yang mereka sepatutnya berasa bertuah kerana kita bukan mahu melakukan perkara jahat . Kita bukan mahu hisap dadah atau jual dadah atau melepak merokok bergaul dengan mat rempit.Kita selalu duduk di rumah belajar tak belajar kena marah pergi tusyen tapi masih kena marah pernah terfikir tak kenapa? Cikgu kat sekolah selalu jawab "Tentu awak yang buat salah kalau tak takkan lah kena marah" Terus terang aku tak pernah respect dengan cikgu-cikgu walaupun parents aku cikgu . Cikgu-cikgu sekarang semua tak betul . pilih kasih tak memahami suka hati nak marah anak murid selalu cerita politik sedangkan tahu yang politik itu tak boleh dipersoalkan di sekolaha apatah lagi disebarkan . Biar lah pelajar belajar sendiri .

Jujur , aku tak faham kenapa cikgu dan parents macam ada connection selalu je cakap benda yang sama padahal diorang pun tak perfect . Entah aku bengang sebab abang aku seolah-olah tau semua benda.Memang ! aku akui dia tahu pasal tanah pasal business pasal guaman pasal bank pasal semua benda yang aku tak faham tapi tak semestinya semua benda yang dia buat tu betul kan? Tak semua orang lagi tua dari kita tu buat benda yang matang . Mereka nampak kita yang tak matang sebab fikiran diorang dah set yang kita lagi muda dari diorang so fikiran pun macam budak-budak lagi hidung pun berhingus lagi . Abang aku cakap aku dapat semua yang aku nak. Kalau la tumbuk abang tu bukan dosa aku dah tumbuk dah dia . Aku mintak pergi concert . Ada dia bagi? aku mintak pergi klia . Ada dia bagi? Aku mintak benda sekecil semut pun ada ke dia nak fikir? Lagi bengang bila abang kau lebih kan orang lain . untuk pengetahuan semua abang aku belum kahwin . Kalau dia lebihkan isteri dia aku faham . Kalau nak ungkit dia yang support semua pasal aku study kat uniten ni macam tak ikhlas je . kalau tak ikhlas jangan lah kasi aku sambung study . Alasan dia bagi sebab aku pandai so aku kena belajar . Okay aku nak belajar . Aku nak pilih course yang aku suka sebab aku nak buat benda yang aku suka buat benda yang aku suka tengok tiap-tiap hari . Aku pilih masscom . Ada abang aku kasi? Tak alasan sebab masa depan takde. Okay aku terima . Pilih course lain yang aku minat . Ada abang aku kasi? Tak jugak . Jadi mana datang keterangan dia yang cakap aku dapat semua benda yang aku nak? oh bagi laptop? okay kalau nak ungkit nanti bila aku dapat kerja boleh ambik balik laptop ni bagi anak bini pakai. 

Jujur ,aku tak faham kenapa boleh berlembut hati dengan orang lain tapi dengan adik sendiri tak boleh . Kalau aku je semua susah , susah kan itu susah kan ini . Kenapa aku tak boleh ungkit macam ni depan abang aku sendiri? sebab nanti abang aku cakap aku tak pandai bersyukur ada lagi orang yang lebih susah aku dah besar dah pandai lawan abang . Habis kalau kau buat jahat kau expect aku untuk duduk dan tengok kau buat jahat? 

Jujur, kalau aku jadi mak nanti aku nak bagi semua yang anak-anak aku mintak . Selagi tak melampau bagi lah . Sebab aku tau macam mana rasa kalau benda yang kau nak sangat lepas tu kau mintak lepas tu tak dapat . Kalau dia nak minta pergi jalan-jalan kat Hong Kong ke Tokyo ke bawak jerla  kalau mampu kalau tak mampu baru lah cakap dengan anak tu yang kau tak mampu . Tapi kalau macam kes ni mampu tapi taknak tunaikan rasa macam sangat shit . 


Popular Posts