Try to find myself
Assalamualaikum Annyeonghaseyo
Hello Holla Hello ! Rasa macam dah berabad sangat tak update blog . alahai . I have no ideas . Sorry wey . Tak tau nak story apa kat blog ni . Nak story tentang life aku sekarang. Ha ha ha ha . Rasa ada yang berubah ke lepas SPM dulu? Sedih. Aku masuk UNITEN bulan Nov , second intake . Punya la dulu aku excited nak masuk first intake. At least paling lambat masuk U bulan June . May lagi bagus. Tapi.... haih! Abang aku yang control semua kan . Ikut la cakap dia masuk second intake . Nak ikutkan hati aku memang 18/May ni aku terus nak masuk . Sebab apa? Sebab....aku takut semangat nak belajar aku hilang , sebab aku takut otak aku dah terlampau kosong sangat sampai nanti masuk bulan November tak tau nak study apa . Tulis nama sendiri pun lupa kot . Sekarang ni pun aku dah boring sampai tahap bukak buku tusyen aku balik . Study Physic . BLANK ! BLUR ! aku ada belajar ke semua-semua ni? Nampak tak betapa kosong nya otak aku sekarang? haih . Tapi insyaAllah la bulan November nanti aku semangat lagi nak belajar. Makin lambat makin semangat ye tak? kawan-kawan semua dah habis 1 sem aku baru masuk. Its okay , biar lambat asal selamat. Abang aku cakap buat apa nak tengok kawan? Kalau dia sangkut ? Tak ke sama je ataupun mungkin kawan kau yang tertinggal kat belakang. So tak payah pening fikir orang lain . Fikir diri sendiri . Sekarang relax enjoy mood korea , concert ke . SS5 dengan GG concert ;D .
Nanti kalau dah masuk baru lah cakap azam belajar aku apa .Hahaha . Semua orang nak berubah kan? Kalau boleh nak tinggalkan segala kebodohan , kedunguan , kebangangan waktu sekolah tu cukup la setakat sekolah je menghantui diri aku ni . Masuk university semua nak jadi top student kan? tinggi betul impian haha . InsyaAllah :) Sekarang ni ramai jugak yang sambung belajar dah . Ada yang masuk form 6 . Ada yang masuk form 6 dulu sementara tunggu UPU , dapat UPU diorang pergi la UPU tu . Aku pun tunggu jugak UPU tu nak tau la jugak layak ke aku dapat UITM . Ada jugak yang tak buat apa tunggu UPU terus . Tak sure bila keluar .Ada yang kata keluar 17/5 ni ada yang kata 21/5 . Tak tau mana satu yang betul . Tapi yang pasti ..... siapa geng dengan aku tunggu masuk U bulan Nov ? hahaha . no one? Haihhhh ... woi ! Apa nak buat 6 bulan jadi penganggur ni? Tanam anggur? Tanam apple ? Oh! DIET ! hahahaha . Yup ! Mungkin . Masuk U lambat , dapat la aku kurus . Muahahaha . Diet oh diet ;____;
