Mentaliti Pelajar Lepasan SPM
Assalamualaikum Annyeonghaseyo
Hello you olls , hari ni aku ingin berkongsi pendapat pula tentang pemikiran pelajar lepasan SPM mengikut apa yang aku rasa dan juga cerita senior-senior yang telah pun mengalaminya .Alhamdulillah semalam aku dapat tawaran ke Form 6 jurusan Kemanusiaan dan di Circle High School . Sekolah ni unik okay ada menara bulatan . Tak la menara sangat pun . Haha . Tapi keputusan aku tidak mengapa la mungkin ada orang lagi layak untuk belajar tentang kemanusiaan ni . Walaupun sebab utama adalah
TIDAK MAHU MEMAKAI UNIFORM SEKOLAH .
Itu alasan sebenar la . Yerla dah habis sekolah Form 5 dulu kan? so buat apa nak masuk sekolah balik? tu pemikiran pelajar lepasan SPM dan pelajar SPM . Dulu aku fikir macam tu juga . So jangan sentap :) Meh dengar sini . Sekarang Form 6 tu sama level dengan Matrix dan Asasi/Foundation . Beza dia kau pakai baju sekolah,nyanyi lagu sekolah,satu geng dengan budak-budak sekolah,dan STPM . Cara belajar dia sama kau kena struggle babe! kalau tak? Hum kalau tak bagus kau nak sambung belajar Degree tak dapat la kot (?) so masuk Diploma . Okay bab yang kalau tak bagus tu aku tak tau lepas tu korang ke mana. Tapi insyaAllah korang boleh melalui Form 6 ni . Kalau tak pandai takkan dia pilih ? Betul tidak? So Form6 bukan sebab dia tidak layak Matrikulasi tetapi kerana mungkin rezeki kita bila kat Form6 lagi cerah dan lagi senang . Mana la tau kalau kita nak jugak masuk Matrikulasi rupanya tak boleh bawak kat situ. Then menyesal . So conclusion form 6 itu bukan lah untuk pelajar yang bodoh dan STPM itu adalah salah satu peperiksaan yang susah di dunia(?) Fakta ni aku kurang pasti . heeee :)
Hari ni keputusan untuk kemasukan ke Matrikulasi keluar . Tiada rezeki aku tidak dapat. Aku pun terfikir patut ke aku cakap Alhamdulillah? So aku diam la buat tak tau sebab dulu waktu suruh hantar pun family aku . So hantar jer la . Aku memang dari awal taknak masuk Matrikulasi . Entah lah aku pun tak tau mungkin sebab aku rasa terhad sangat? Maksud aku kalau kau masuk UITM kau boleh pilih bermacam-macam course kan? Itu lagi buat otak aku berkembang besar untuk befikir .Haha . Kalau matrikulasi ni pula , ikut pemikiran pelajar lepasan SPM dan pelajar SPM memang la nampak bersinar-sinar gitu . Memang bagus . Pemikiran orang ramai pun macam tu selalunya . Asal dengar Matrikulasi je pandai hebat gah ! Memang betul pun tapi yang salah bila orang fikir yang tak dapat Matrikulasi ni sebaliknya . Ada orang masuk ILP dapat juga dia sambung belajar ke Jepun . So conclusion dia belajar mana pun kalau usaha dan gigih nak berubah kepada kebaikan tu ada , kejayaan pun ada la . so tak payah pening makcik kalau anak makcik dapat matrikulasi ke dapat form6 ke dapat IPG ke dapat upu ke . Tu semua rezeki . Dapat tawaran kan? tu bermakna otak kita semua masih BERGUNA . Jadi kepada siapa yang tak dapat Matrikulasi tu jangan sedih ! Sebab tak tentu yang dapat tu boleh tahan . Matrix kan susah ! Banyak kes pelajar keluar kan sebab hard sangat . So bersyukur kalau kau dapat UPU je okay :)
IPTS dan IPTA pula, sebenarnya aku pun tak berapa nak focus kat IPTS ni sebab bagi aku lebih mudah masuk IPTA sebenarnya kos murah , minta PTPTN pun boleh guna enjoy beli chocolate ke beli phone baru ke pun boleh tapi pandai-pandai lah simpan jangan boros . Lepas tu tak dapat bayar PTPTN nak salah kan kerajaan ! Tampar kang ! okay so kalau belajar IPTA start dari diploma memang tersangat la indah bak kata orang . Tak lah honeymoon year macam Form4 tu . okay honeymoon year tu dah taubat taknak guna ! Orang kata boleh lah juga enjoy-enjoy sikit kalau diploma ni . Tapi pastikan kita dapat gred bagus dalam exam tu dah terlalu okay untuk kau sambung belajar ke degree . Beza diploma ni tak kira la IPTA atau IPTS nanti kalau nak sambung Degree mesti kat University yang sama (kalau nak tukar university waktu degree tu aku tak pasti boleh ke tidak) . Contoh kau ambik Diploma Sains Matematik di UITM dan lepas untuk sambung belajar Degree kau kena belajar di UITM juga . Macam tu la . Kalau swasta pun sama , contoh kau ambik Diploma Law kat MMU (Multimedia University) dan bila habis diploma kau kena sambung Degree kat MMU jugak .Dan mentaliti orang-orang di Malaysia ni kebanyakkan nya kalau IPTS tu untuk orang yang kaya,untuk orang yang bodoh. Itu silap ! Ada banyak juga university Swasta yang sangat mementingkan kelayakan sama sahaja macam mana korang masuk matrix.Tapi cerita dari orang atasan ada 3 university swasta yang sukar untuk kita mohon dan mendapat tempat iaitu UNITEN(University Tenaga Nasional),UTP(University Teknologi Petronas)dan MMU(Multimedia University) . Bak kata abang dan kakak aku ,zaman diorang nak masuk IPTS ni sangat susah kalau berdasar kan keputusan SPM nak masuk 3 Univeristy Swasta di atas . Aku cakap ni bukan sebab aku masuk UNITEN -_____- Kalau tak bagus UNITEN ni memang takde nya keluarga aku nak bagi masuk.Habis kan duit.Baik belajar kat ILP dapat jugak ke Jepun . Tapi kerana UNITEN juga bukan TERLALU SENANG untuk masuk, Alhamdulillah layak la jugak dengan keputusan aku yang A tak seberapa ni .
Jadi itulah aku nak kongsikan . Sekarang ni ramai budak-budak pandai berlumba-lumba nak masuk sini nak masuk sana.Habis kalau budak yang tak dapat sebab dia tak layak,adakah dia BODOH? Bagi aku tak , tapi bagi mentaliti orang "budak tu mesti bodoh sebab tu tak layak" Pandai itu bagi aku HARUS ! Semua orang perlu kejar berusaha untuk berjaya belajar untuk berjaya . Tapi kalau orang tu tidak bagus dalam pelajaran tak bermakna dia tak bagus dalam membuat wang :) Kalau dia merompak pun dia ada usaha untuk merompak dan berjaya dapatkan duit kan tapi jangan lah buat.Haram dosa ! Susah nak ubah mentaliti kita-kita ni . Tapi takpe la mungkin mana la tau ada kawan-kawan Twitter yang aku baca post ni dan tunjuk kat parent dia ke makcik pakcik . Kan? ;) #BetterNation :)
Tengok Kyuhyun dia usaha pusing-pusing-pusing lagi XD
Jadi itulah aku nak kongsikan . Sekarang ni ramai budak-budak pandai berlumba-lumba nak masuk sini nak masuk sana.Habis kalau budak yang tak dapat sebab dia tak layak,adakah dia BODOH? Bagi aku tak , tapi bagi mentaliti orang "budak tu mesti bodoh sebab tu tak layak" Pandai itu bagi aku HARUS ! Semua orang perlu kejar berusaha untuk berjaya belajar untuk berjaya . Tapi kalau orang tu tidak bagus dalam pelajaran tak bermakna dia tak bagus dalam membuat wang :) Kalau dia merompak pun dia ada usaha untuk merompak dan berjaya dapatkan duit kan tapi jangan lah buat.Haram dosa ! Susah nak ubah mentaliti kita-kita ni . Tapi takpe la mungkin mana la tau ada kawan-kawan Twitter yang aku baca post ni dan tunjuk kat parent dia ke makcik pakcik . Kan? ;) #BetterNation :)
Tengok Kyuhyun dia usaha pusing-pusing-pusing lagi XD

