Choose a right choice (Part 1)

Assalamualaikum Annyeonghaseyo 



Ehem lama tak menulis kat blog ni .Terasa lain pulak tiba-tiba nak update blog bila idea dah ada nak menulis ni . Yerla selalu update blog nak sambut Birthday oppar je . LOL . Baik lah . Sila tengok title post kali ni. Apa yang dimaksudkan dengan Ragam? Jawapan dari aku yang dapat B+ untuk Bahasa Melayu hum. Jujur aku rasa ragam ini adalah kerenah,sikap,perangai,tatasusila seseorang . Tu semua maksud yang aku fikir tanpa membuka kamus dewan . Kamus dewan pun entah mana kat rumah aku ni . Mungkin antara faktor B+ tu la kot. Sengih . 

Sekarang dah bulan April dan kebanyakan Institut Pengajian Tinggi tidak kira sama ada Kerajaan atau Swasta selalunya kemasukan pada bulan Januari dan ada juga pada bulan May . Keputusan UPU mungkin akan keluar pada bulan May . Aku dah apply UPU maktab blablabla semua la . Tapi jawapan yang akan aku bagi setiap kali orang sekeliling bertanya 

'Pilih course apa?'
'Pilih IPTA ke IPTS?'
'Result kau tu layak ke nak ambik yang bagus-bagus?'

Soalan ketiga tu paling kejam . Terima kasih kalau anda juga merakan perkara yang sama . Jujur sekali lagi aku juga buntu . Buntu apakah cita-cita aku?Atau perlu ke aku tolak cita-cita kerana tidak semua cita-cita membawa kejayaan . Contohnya mungkin kau bercita-cita untuk jadi seorang doktor tetapi dengan keputusan yang tidak layak kau berusaha juga.Hasilnya?yes gaji yang lumayan. Itu pun kalau kau doktor di Swasta . Beza pula kalau kau tolak cita-cita kau untuk menjadi seorang doktor tadi dengan kau ambil course pendidikan awal kanak-kanak.Mungkin ia lebih mudah tak perlu kau ingat tentang urat-urat manusia yang lebih dari sejuta dalam badan ni.Hasilnya?Kau mungkin akan mengajar dan menjadi seorang guru tadika atau guru sekolah rendah . Kau tau gajinya berapa?Setaraf dengan doktor mungkin? Tambahan pula dengan bisnes kecil-kecilan . Aku berani gerenti untuk menyara 3 orang anak tiada masalah ! Oh! bagi aku bisnes tu agak penting . Sebab dengan bisnes duit itu akan datang macam dari langit cuma perlu kuat berusaha . 

IPTA atau IPTS? Aku buntu . Kakak menyarankan aku untuk memilih IPTS - Multimedia university (MMU) sama seperti dia dahulu . Dan megambil course Foundation in Law/Foundation in Engineering/Foundation in Management . Tujuan utama kakak menyarankan aku untuk ambik Foundation adalah supaya lebih cepat belajar cepat dapat kerja cepat dapat duit.Menurut Abang Syafiq , dia hanya bersetuju dengan semua yang aku mahu . Dia hanya membantah kalau aku cakap aku mahu kan sesuatu yang berkaitan dengan Korea . Dia akan membidas aku habis-habisan sampai aku diam dan berubah fikiran . Ye , abang Syafiq memang pandai psiko orang macam aku ni. Abang amir pula , membantah aku memilih IPTS . alasan dia sebab keputusan aku lebih baik dari dia abang Syafiq dan juga kakak . Jadi dia menyarankan aku untuk masuk sahaja ke UITM.Walaupun diploma agak lambat sikit berbanding Foundation dan Amir juga menyarankan aku supaya jangan dengar apa yang kakak cakap . Pilih apa yang aku nak . Masalah lagi . Aku sendiri tak tau apa yang aku nak . 

Aku cuba lupakan sekejap Korea yang kononnya bagi orang sekeliling hanya lah satu angan-angan bodoh . Okay aku cuba lupakan . Dan aku masih tak tau . Aku okay je kalau orang nak suruh aku mabik course-course semua tu.Cuma satu aku mintak . Aku nak tambah Korean Language as one of the subject ! Kalau aku cakap macam ni gerenti kakak aku orang pertama yang akan buat muka tarik 14 . Ayat Cikgu Nik . lol mana la cikgu tahi lalat hidung tu . Hahahaha . 

Dan petang tadi mereka cadangkan aku ambik course sama dengan abang Fazwan . Bak kata abang Fazwan sendiri course tu senang dan dia boleh cakap gerenti aku boleh dapat anugerah Dekan sebab dapat 4 flat selalu . Hahaha .Aamiin . Harap course apa pun boleh dapat 4flat :)  kebetulan Abang Fazwan ambik Office Management . Dan dia cakap nanti lepas habis diploma kalau sambung Degree boleh ambik Event management ke apa-apa management la . Kalau event management memang boleh kerja kat Marctensia kan ? HAHAHAHA . Atau kerja kat Putrajaya so every year Hari Belia aku belakang backstage .Hah ! cadangan ni abang syafiq dan amir bersetuju . Tapi kakak aku . Hum . Aku tau dia akan menentang jugak keputusan ni . Dan dia akan buat muka sampai dia rasa puas hati bengang dia tu dah habis baru dia akan okay dan normal . orang dah ada keluarga sendiri memang macam tu kot ? 

Sambungan cerita ni esok aku update lagi okay . Byeooo 


Popular Posts