Politics

Assalamualaikum Annyeonghaseyo 

Peringatan sebelum membaca . Post ini mungkin AGAK serious dan kepada siapa yang kurang tahu tentang politik Malaysia atau tidak berminat tidak digalakkan untuk membaca post ini kerana anda mungkin tidak faham dan mungkin juga akan memprotes pandangan saya . Terima Kasih ! 

Hari ini ada perhimpunan RAKYAT kononnya di Stadium Bukit Jalil . Mereka semua terdiri daripada kaum lelaki perempuan pelajar-pelajar university sekolah dan mungkin ada yang tadika ? dibawa bersama oleh ibu bapa yang tidak tahu apa erti nya bersyukur . Rata-rata kaum HAWA yang kesana semuanya berpurdah paling tidak bertudung labuh semuanya berkumpul di sana kononnya sekali lagi ingin menyuarakan hak rakyat ! Mahukan keadilan dilakukan di Malaysia . Mahukan kerajaan UMBO tumbang .Mahukan pemerintahan Malaysia ini berubah kepada tangan pembangkang . Aku ingin bertanya MENGAPA ANDA SEMUA TIDAK BERSYUKUR WAHAI RAKYAT MALAYSIA ? 

Rakyat yang ingin kan keadilan tidak suka pada UMNO kononnya mengambil duit rakyat . Oh begitu . Bagi pendapat aku biar yang mengambil duit rakyat mentadbir dari pemimpin yang kotor memimpin . Rakyat yang ingin kan keadilan tidak suka pada UMNO kononnya DS Najib dianggap sebagai memimpin negara Islam tetapi isteri tidak bertudung . Bagi pendapat aku biar tidak bertudung dari melakukan liwat dan seks bersama pelacur.Rakyat yang menyokong pembangkang mengatakan kerajaan berbohong ! mengadakan cerita ! menabur fitnah ke atas pemimpin yang mereka sanjungkan! Sangat kelakar wahai rakyat yang inginkan keadilan --" Kalau betul pemimpin anda tidak bersalah mengapa takut mahu menjunjung Al-Quran? Takut disambar petir? Kalau betul pasangan liwat yang tidak bersalah itu bersalah sudah lama rasanya lelaki muda itu sudah mendapat bencana ! Lelaki itu tidak getar untuk menjunjung Al-Quran . itu dia Islam yang sebenar . Mengapa pemimpin itu takut dan tidak mahu melakukan perkara yang sama? 

Anak perempuan pemimpin pembangkang juga menyuarakan pendapat bahawa kaum Melayu boleh menukar agama mereka? itukah pemimpin?Wahai rakyat yang ingin kan keadilan , Anda sanggup ? Kita patut bangga dan bersyukur kerana kita Melayu dan kita semua Islam . Kaum Cina dan India mereka sama bangsa tetapi berlainan agama.Bukankah kita kelihatan unik disitu? Video pemimpin pembangkang yang mengatakan malu dengan umat Islam di Malaysia kerana kuno ! tidak hidup bebas seperti rakyat Eropah ! pemimpin pembangkang menyokong Israel . Tetapi rakyat tersalah pandang . Oh yang menyokong itu DS NAJIB ! Rakyat semakin buta ! 

Remaja di Twitter di Facebook tidak tahu menahu . Malu ! sejujurnya aku juga remaja tetapi sedikir kecewa dengan sikap sesetengah rakan-rakan yang mengambil sambil lewa terhadap POLITIK. Kalau bercakap tentang agama WAH! pemimpin PAS pun kalah . Tetapi dalam hal politik tidak mahu masuk campur "aku tak suka la politik ni benda kotor" "bunuh jerla najib tu bukan bagus pun" "tak suka sistem pelajaran malaysia so jom undi pkr" Wahai remaja Malaysia yang akan memimpin dunia . DIMANAKAH OTAK ANDA YANG BERAKAL ITU? fikirkan ekonomi . Adakah korang pasti sekiranya PKr dapat mengambil alih Malaysia ini Anwar ibrahim yang akan menjadi Perdana Menteri? Cuba fikir ! Adakah kaum cina dan india ingin mendiamkan diri? Mereka akan berebut untuk menjadi Perdana Menteri . Itu baru PKR belum PAS masuk campur . Parti yang menegakkan Islam . Bagus ! Tetapi betul ke yang menegakkan Islam? menyokong pkr bermakna menyokong israel . 

Pas mengatakan orang UMNO adalah kafir ! subhanAllah . Terus terang aku sangat terkejut . Bagaimana kata-kata itu boleh terkeluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS yang alim warak?tidak belajar habis ke? menghukum orang sesuka hati bukan kah itu DOSA? Siapa anda ingin menghukum manusia.Manusia menghukum manusia? Allah yang berhak menghukum kita bukan manusia . Rakyat marah pada pemimpin kerajaan hanya kerana alsan paling banyak diterima kerana kerajaan mengambil duit rakyat ! kerana kerajaan tidak mengikut hukum hudud ! 

Semakin hari semakin takut aku untuk berjalan di Malaysia sebagai orang dewasa . Aku tahu sekiranya pembangkang yang mengambil alih Malaysia ini ekonomi politik akan dikawal oleh bangsa lain . bukan Melayu . Sedih !Apabila ekonomi dikawal bangsa lain Melayu akan jatuh . Percaya lah cakap aku . Sedih melihat remaja yang kerajaan harapkan boleh menggantikan mereka sebagai pemimpin kerajaan tidak mahu mengambil tahu tentang politik malah membenci politik Malaysia . Melayu tidak berminat tetapi bangsa lain mengajar anak-anak kecil mereka untuk memahami politik . Sedih apabila kerajaan menghantar anak-anak Malaysia yang bijak pandai ke luar negara tetapi apabila pulang ke Malaysia menyokong pembangkang. Alasan kerana duit yang kerajaan berikan itu adalah duit mereka sendiri . Kasihan . Belajar cerdik pandai tetapi kosong di kepala! Otak sudah dipenuhi dengan kata-kata kotor dari pemimpin yang kotor. 

aku tidak mahu mencari gaduh . ini sekadar pendapat dan pandangan aku tentang politik Malaysia remaja dan rakyat yang menuntut keadilan dan rakyat yang buta dan rakyat yang kononnya mengikut hukum Islam dengan betul tetapi memaki hamun dan kemudian solat? apakah? Itu bukan ajaran Islam . Fikirkan lah jangan sampai Malaysia diperintah oleh orang yang salah .

Popular Posts