Kehidupan yang memang tidak pernah adil

Assalamualaikum Annyeonghaseyo *bow* 


Siapakah Super Junior di mata aku? Mengapa aku seolah-olah mengagungkan mereka? Kenapa mereka seolah-olah penting dalam kehidupan aku? Adakah mereka mengenali aku? Bermacam-macam soalan yang orang sekeliling aju kan kepada aku . Aku hanya boleh mendiam diri . Sememangnya sejak dulu aku sudah memberi AMARAN ! 

Sekiranya anda bukan seorang ELF/peminat Super Junior . Jangan menyibukkan diri untuk menyebut nama mereka . Tidak suka boleh diam tidak perlu cakap apa 

Super Junior bukan lah sesiapa hanya artis kesayangan aku . Jujur , mereka artis yang paling aku suka . Bukan aku seorang ramai lagi . Berbillion-billion penduduk bumi ni yang suka pada mereka .pada pandangan orang aku terlalu obses dengan mereka. Biar kan . Allah tahu niat aku. Mereka mungkin tidak pernah mengenali aku secara individu . Tetapi mereka sangat menjaga peminat seperti buah hati . ini semua jawapan yang aku ingin beri kan setiap kali orang mengajukan soalan untuk menjatuhkan emosi aku yang semakin hari semakin rapuh . aku tidak dapat memberikan jawapan seperti ini secara direct kepada mereka kerana mereka tidak mengenali Super Junior seperti mana aku yang "obses" pada mereka . Mereka tidak tahu bagaimana Super Junior menjaga perasaan ELF/peminat mereka yang berbillion-billion . Anda tidak perlu tahu jika anda bukan peminat Super Junior . 

Tajuk post kali ini mungkin nampak begitu teruknya aku sebagai Muslim . Sepatutnya aku bersyukur bukan? Yes . Aku sentiasa bersyukur kerana aku masih mempunyai hati yang tabah dan kuat untuk berjalan walaupun seperti penjenayah di rumah sendiri . Bukankah lebih baik kalau dihantar ke penjara ? Aku akan dilayan serupa dengan mereka yang melakukan kesalahan . Semakin umur aku menginjak ke umur dewasa aku sentiasa menasihati hati aku sendiri supaya bersyukur walaupun aku tahu kehidupan aku tidak lengkap seperti remaja lain . 

Aku perlu kan seorang emak . Aku perlu kan seorang ayah yang gagah dan kuat untuk berdiri . Tapi aku redha . Aku tidak pernah menyalahkan takdir . Aku akan menjaga ayah kerana itu tanggungjawab aku . Tidak pernah aku lalai tanggungjawab aku walaupun kadang-kala aku lebih gemar menonton tv dan malayari internet . Aku redha dengan pemergian emak yang pergi sewaktu umur aku di awal keremajaan . alhamdulillah aku bersyukur kerana aku masih berdiri sebagai remaja yang baik dan boleh diterima masyarakat walaupun segelintirnya mengatakan TIDAK atas faktor aku yang tidak bertudung. Biarkan . Seperti biasa diri aku sendiri akan memujuk . 



Mungkin rakan-rakan yang mengenali aku tidak tahu tapi sebenarnya aku seorang yang memendam rasa dengan harapan perasaan tu akan hilang sendiri . Itu lah sikap aku sejak kecil dulu . Walaupung kelihatan seperti aku memberontak sekiranya aku tidak dapat sesuatu tetapi sebenarnya hati aku memendam rasa . Aku bukan pendendam . Tidak pernah sekali aku berdendam dengan orang. Tetapi aku tidak akan lupa apa yang orang buat pada aku . Itu aku. 

Apa yang membuat kan aku gembira ? Aku akan menjawab Super Junior . Dan setiap kali jawapan itu yang aku berikan orang lain akan membuat reaksi wajah yang annoying . Adakah salah jawapan aku tu? Aku rasa tidak kerana setiap kali hati aku sakit , emosi aku terganggu setiap kali itu lah wajah-wajah Super Junior akan sentiasa ada . Seolah-olah memberi semangat kepada aku.Aku alami perkara itu . Aku tiada emak yang boleh memberikan aku kata-kata semangat seperti dulu . Ayah pula....aku tidak mahu menganggu fikirannya . Ayah perlu kan suasana yang tenang jadi aku tidak akan menyusahkan ayah dengan memikirkan tentang aku dan kata-kata semangat yang aku perlukan . 

Tidak dapat kah mereka semua memahami ? Aku terpaksa mencari kata-kata semangat sendiri . Mungkin aku kelihatan tidak berdikari dari segi luaran . Mungkin orang melihat aku tidak boleh membasuh baju sendiri , tidak boleh hidup sendiri . Mereka tidak tahu . Biarkan . Yang pasti mereka tidak memahami aku . Aku bukan seperti remaja perempuan yang lain . Aku tiada orang istimewa untuk berkongsi cerita . Nah ! aku tidak peduli perkara itu . Kerana aku masih mempunyai kawan-kawan yang aku masih boleh harapkan. Tapi sampai bila aku boleh berkongsi ceria bersama mereka . Mereka juga akan mempunyai buah hati masing-masing dan waktu itu mungkin mereka sudah menyampah hendak melayan kerenah aku . Atau mungkin sewaktu kami semua memasuki University yang berlainan . University.....

Jujur, aku mahukan result SPM aku secepat yang mungkin . Dalam waktu yang sama aku ingin kan kecemerlangan . Dan aku ingin segera duduk di University . Entah kenapa aku rasa begitu tidak sabar . Mungkin "Kehidupan yang memang tidak pernah adil" ini membuat kan aku berfikir begitu.Bagi aku remaja perlu dijaga supaya mereka tidak memberontak . 

Aku tahu aku sedang memberontak sekarang ini . Tapi aku masih boleh bersyukur kerana aku masih boleh berfikiran waras . Aku tidak tahu sama ada ada lagikah iman di hati ini . Apa yang pasti masih ada . Aku masih ingat Allah , Rasulullah S.A.W , aku masih ingat segala rukun iman . HAHAHA siapa aku nak bercakap pasal agama kan ? Aku si obses Super Junior tidak boleh bercakap tentang hukum agama? itu kekejaman bukan? 

Tidak mengapa . Biarkan . Selagi aku masih menyayangi Allah , menyayangi Nabi Muhammad S.A.W , selagi aku masih bersyukur walaupun rasa disakiti . Biarkan . Aku masih dapat mencari kata-kata semangat walaupun itu kononnya FANTASI bak kata orang . Biarlah . Fantasi atau realiti . Yang aku tau aku dapat kata-kata semangat dari mereka. Boleh kan anda semua berfikir? Mereka mungkin kafir . Tapi aku selalu juga berdoa semoga mereka diperoleh hidayah untuk memeluk Islam . Aku sayang kan mereka . Walaupun sebenarnya aku sayang kan Allah,Rasulullah,Ibu bapa. Mereka masih berada di dalam senarai kesayangan aku . Pelik bukan? mereka tidak mengenali aku . Haha . Biarlah . 

Biar hati dan emosi ini sahaja yang memahami kerana dunia luar yang tidak memahami dan terus bergerak tanpa keadlian dan hak kehidupan sebagai seorang individu ditindas. Biarkan hati sendiri berbicara bersama akal supaya kita masih waras dan terus bersyukur dengan nikmat kehidupan dan berusaha menepis segala ketidak adilan yang sebenarnya berlaku di dunia realiti. 





Popular Posts