BTOB yaww
Assalamualaikum , Annyeonghaseyo :)
*Sila tutup mata*
Semalam aku pergi berkinja kat concert . Haha. Tak lah berkinja sangat . Sebenarnya suami aku yang rindu sangat nak jumpa dan disebabkan kerjaya dia adalah seorang Kpop idol so kami hanya berjumpa di concert sahaja . Itu pun dia di atas pentas dan aku bersesak bersama-sama fans yang lain .
Semalam jugak adalah pertama kali aku bertemu dengan BTOB so mungkin sebab tu aku terlebih excited dengan BTOB . EXO-M pun ada . Tapi aku tidak berminat nak comment tentang mereka . Takut terlebih-lebih pulak comment . Al-maklumlah saya bukan exotic ^^ . Sila memahami ~
Sebenarnya memang banyak aku nak kongsikan kisah concert semalam . Tapi seperti biasa aku ingin memberikan pendapat aku .
Tanggapan orang yang selalu aku dapat tangkap ialah
"Concert haram , parents aku tak bagi"
"Concert melalaikan lepas tu bercampur lelaki perempuan"
"Tengok benda haram"
Banyak lagi sebenarnya pendapat yang aku tahu walaupun mereka tidak mengungkapkannya . Its okay aku terima sebagai nasihat . Keluarga aku juga kadang-kadang tidak mengizinkan aku pergi tetapi kerana aku ni adalah seorang anak yang ber kepala simen dan merek jugak tidak membenarkan aku pergi atas faktor harga tiket sebenarnya walaupun duit tiket aku kumpul sendiri hasil daripada menahan lapar dan sebagainya mereka menyuruh aku menyimpan untuk masa hadapan . Ya ada betulnya .
Pendapat aku adalah pendapat aku . Aku tak mahu sentuh terlalu dalam dari segi hukum agama.Aku pun tidak lah terlalu pandai dalam hukum agama nanti apa pulak orang kata kan? Tudung pun tiada mahu sebut hukum Allah? Manusia ... sentiasa menghukum !
Concert adalah HARAM ! kerana ia melalaikan . Aku tahu itu . Ia memang melalaikan tapi kalau berdasarkan diri aku sendiri . Aku akan terdiam berdiri apabila aku rasa aku TER OVER dan aku istighfar sekejap sambung jerit . Ya aku tahu mungkin ramai yang fikir aku tipu ! Terpulang lah tapi itu yang aku buat . Tidak pernah lagi aku pergi concert sampai lalai macam orang mabuk tak sedar diri .
Dan pendapat aku sebagai parents sepatutnya membiarkan anak dia merasa walaupun sekali . Aku ambik diri aku sebagai contoh . Terus terang kalau aku sebagai anak dan parents aku melarang aku . Aku akan memberontak mungkin anda tidak :) So bagi aku , parents patut bagi anak mereka pergi ke concert sekarang dari mengongkong anak mereka lepas tu anak mereka memberontak . Prinsip aku dalam hal ni .
Waktu sekarang kita merasa , jadi kita tak lah memberontak di kemudian hari .
Prinsip ini bukan untuk hukum meminum arak okay ! ARAK HARAM !
Sejujurnya aku agak terkejut apabila aku ke concert dan melihat ada ramai juga fans yang bertudung malah bertudung labuh dan ada juga yang berjubah . aku terfikir adakah parents tahu atau mereka memberontak? Tapi aku sendiri nampak dengan mata aku sendiri mak mereka menemankan mereka membeli tiket.Mungkin mereka juga berfkir sama dengan aku . Sekadar ingin berjumpa dengan penyanyi kesukaan . Tidak salah sebenarnya kalau anda ke concert hanya berdiam diri sambil tersenyum seorang diri . Tiada siapa marah . tiada siapa suruh anda melompat berkinja hingga lupa diri .
Aku tahu ramai yang tidak suka dengan pendapat aku . Tetapi fikir sendiri la . Aku bukan mahu mengajak berbuat jahat . At least bila aku dah kahwin nanti tidak perlu lah aku memujuk suami aku untuk pergi ke concert lagi . Pendapat masing-masing :) Dari segi agama masing-masing mungkin sudah tahu kan ?
Jujur juga aku ingin berkata . Kalau korang mahu menegur aku atau korang yang sebenarnya ingin ke concert .Tegur lah dengan cara yang baik . Kalau betul anda ingin menjadi perempuan muslimah yang terhindar dari sebarang dosa . Tegur dengan cara yang betul . Bukan dengan nasihat yang berbaur sindiran . Bukan dengan cara menghukum . Mungkin aku boleh terima kerana aku jenis yang menerima semua nasihat sama ada aku terima atau tidak itu hal aku .
Tidak guna kalau anda menutup hampir seluruh badan anda hanya tinggal mata sahaja tetapi berhati busuk dan menegur dengan cara yang salah :) ini adalah umum .






