Ignore annoying

Assalamualaikum Annyeonghaseyo
Entah apa la yang merasuk aku sampai aku terasa begitu seronok berblogging . Anda tepat ! Angkara novel . Aku tidak menyalahkan novel . Secara jujur , aku ingin membetulkan Bahasa Melayu aku yang sudah semakin terbelit di lidah aku sendiri . Tipu aku berlakon . Tidak ! Aku yang kalut ketika bercakap . Bak kata orang twitter TYPO. ini bukan TYPO sebab aku bukan menaip tetapi SPYKO - SPEAK . Ek lupa kan entah merepek apa .
Tak salah bagi aku kalau ingin membaca novel walaupun rata-rata ramaja perempuan sekarang tidak gemar membaca novel . MEMBACA pun bukan hobi ini kan NOVEL ? Tapi aku mahu menunjukkan tanda bagus sekiranya mereka gemar membaca buku-buku ilmiah , keagamaan , atau yang memberi ilmu pengetahuan . Mungkin aku bukan terlalu ke arah itu . Tetapi sedah atau tidak novel memberi kan pembacanya ilmu juga. Ilmu penulisan , ilmu bahasa melayu , ilmu kesasteraan,dan sedikit info pengetahuan di muka surat terakhir novel . Bukan lah sesuatu yang susah untuk dilakukan .
Aku bersyukur kerana aku mendapat ilmu sains yang agak ekstrem cukup untuk aku mengaplikasikannya di menara gading kelak . Dan mungkin aku boleh menggunakan ilmu sains aku dengan mengajar bakal anak-anak aku :) Dalam masa yang sama aku juga boleh mengajar mereka supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul . Bertutur di dalam Bahasa inggeris dan belajar bahasa cina/korea . Dan terpulang sekiranya mereka ingin belajar bahasa Arab . Aku galakkan untuk anak lelaki kerana mereka adalah ketua imam . Tutup cerita tentang bakal anak . Bukan itu yang aku mahu ceritakan . Aku hanya ingin menepis sangkaan orang yang mungkin berkata di dalam hati
"Apahal poyo sangat nak tulis guna ayat novel ?"
"Novel la sangat . Buku belajar kau taknak baca"
"Euwww novel ? Bahasa Melayu pun teruk"
Mungkin itu yang akan dikatakan orang . Aku hanya ingin belajar semula . Belajar bagaimana menggunkana penulisan dan penggunaan Bahasa Melayu yang sebenar :)
Wey apa aku merepek doh ! HAHA . someone stop aku dari baca novel wey ><
