Kenangan paling indah dalam kehidupan
Assalamualaikum , Annyeonghaseyo *bow* Hari ni kira habis lah semua paper WAJIB Sijil Pelajaran Malaysia yang Aina ambik . Ada lagi satu subject tambahan iaitu Geografi yang Aina ambil yang diharapkan dapat menyumbang A+ . insyaAllah .
Tapi hari ini dah ramai kawan-kawan aina yang dah seronok dan secara langsung memegang status sebagai ex-student Smk Banting . So jumpa next year waktu ambil result . Sedih kan ? Kalau dikenang semula waktu persekolahan Aina yang Aina berani jamin sangat berlainan dengan pengalaman persekolahan kawan Aina . nanti aina cerita kan after geo paper . Baru la saspen haha . Ahhhh . Kalau la boleh peluk semua classmate aina Betarian semua tu . Aina dah peluk dah . Mana boleh lupa kan ? Diorang dah macam adik beradik . Yes . Walaupun sebenarnya hati budi tak cukup kenal lagi . Tapi sebenarnya kita banyak bersatu hati .
Pagi tadi sebelum masuk ke dalam dewan untuk menjawab kertas Biology paper 1 . Alfa's students and Betarians mendengar segala yang guru Biology kami kata kan . Satu satunya guru Biology di sekolah Smk Banting . Walaupun haha aku dan Cikgu Naudi tak sehaluan di dalam hal
Hari ini adalah hari kemuncak untuk Biology setelah 2 tahun kita bersama . Buat yang terbaik ! Bagi pelajar Muslim kalau tak dapat jawab baca selawat - Cikgu Naudi
Jujur juga aku kata kan memang aku hanya memberi 50% usaha untuk menjawab Biology . Bukan sebab aku tidak suka . Mungkin sebab perasaan aku yang tidak sabar mahu menghabis kan peperiksaan yang mencabar ini . Dan mungkin juga aku terlalu memberi kan usaha pada Chemistry semalam . InsyaAllah . Semoga Allah membalas segala apa yang aku baca dengan kejayaan yang cemerlang dan tidak membuat kan aku kecewa . Amin :)
Kawan , semoga kita sentiasa bersama . Tidak kekok selepas zaman persekolahan ni . Aku yakin ! aku yakin kita semua akan berasa kekok . Segalanya berubah aku percaya itu . Berubah dari segi sikap perangai luaran dan dalaman . Tapi kita tetap Buddyz kan ? Haha . Jujur untuk kali yang keseratus haha aku masih ingin dilayan sebagai seorang remaja yang bersekolah . Bersama guru-guru . Walaupun kadang-kadang guru itu menyakitkan hati tapi mereka juga yang membuat kita gembira kadang-kadang kan? Kalau tiada mereka mungkin aku bukan di kelas 5 Beta :')
Guru-guru , walaupun ada yang bermuka masam ada yang bermuka ceria dan ada yang sentiasa tersengih dan tak pernah berhenti membuat lawak jenaka . Tapi aku tetap berada bersama mereka. Bayangkan 5 tahun di sekolah menengah berapa ribu jam aku habis kan banyak masa bersama guru-guru di sekolah . Cikgu Hazwan , guru Physics aku yang tidak pernah lekang dengan lawak dia . Haih . Kenangan datang lagi . Saya tak kan lupa lagu Kiroro Mirae tu untuk Mirage dan 'Beno Li?' untuk Bernoulli Law Haha banyak lagi la . Cikgu pun mesti takkan lupa Betarian kan ? good ! ^_^ Cikgu - cikgu lain jugak yang selalu tahan kerenah 5 Beta . Kitorang kan pelajar yang perlu diberi perhatian lebih kan ? sebab terlalu manja X'D
Pusat Tusyen Minda Saintis . Sekolah kedua aku . Aku merasakan benda yang sama jugak . Aku tak nak tinggalkan tusyen tu . Aku masih ingin terus duduk di kelas MV1 dan belajar bersama Sir Murali Baba and Teacher Vanishree . Buat pertama kali aku cakap . Aku jamin kalau anda semua nak berjaya dan dapat A pergi la tusyen PTMS okay ? Heeee . Aina promote kan :) Hari ahad haritu kelas last dengan teacher . Kelas dengan sir dah habis lama before paper physics and addmaths .
So dari pihak PTMS , we want to say good luck for your SPM and thank you so much for believing with us for a many years ago until now . Ada yang since form 1 tusyen sini . Kalau you all tak trust us you all dari lari betul tak? - Teacher Vanishree
Yes . Kalau aku tak percaya dan malas aku dah lama berhenti . Masih teringat kenangan sewaktu aku Form 2 . Masuk ke kelas tusyen seorang diri . Siap datang awal bagai . Kali pertama datang ke tusyen dah nampak semangat kan? Haha . Banyak kenangan sangat . Kat McD sir and teacher belanja . Lawak budak budak lelaki indian . Jujur untuk yang ke seribu . Aku takkan lupa nama budak-budak lelaki Indian . Budak budak perempuan jugak . Dan..... crush aku . Haha . Yes . Terkejut kan? aku ada crush for the first time in a real life . Selalu bias je . Act tak la crush mana pun . Aku cuma suka dia . Pavithran . Yes . Dia indian . Tapi dia macam Melayu. Bagi aku . oh bagi Ain jugak . Haha . Nak jumpa macha lagi . Kalau jumpa lagi aku akan mintak nombor phone dia . Ahhh . Rindu tusyen :'( rindu Sir and Teacher .
Banyak lagi Aina nak cerita pasal sekolah . Yes mood aina masih di sekolah . Nanti Aina sambung lagi lepas betul betul freedom dari SPM . Yehaaa . now its Geography time !
Betarian girls :) Aina yang pegang card 5 Beta 2012 tu :)
Next time sambung dengan gambar class ^^



