Dugaan apa lagi ni ?
Assalamualaikum ^^
Hari ni selepas seminggu kejadian yang buat aku tersentak sekali lagi , kejadian yang berulang seperti arwah mak Aina dulu , hari ni baru ada sedikit kekuatan untuk menceritakan segala apa yang terjadi . Semua perkara yang berlaku tanpa apa2 'sign' . 6 Sept waktu subuh pukul 4 macam tu abang syafiq kejutkan Aina , abang terus cakap 'ayah sakit nak hantar pergi hospital' Bayangkan jerla Aina tengah mamai2 tidur and malam tu memang tak mimpi apa2 kalau selalu tidur kat kelas 2 minit pon boleh mimpi . Memang terus bangun pergi bilik ayah . Tengok ayah dah tak sedar dengan nafas dia yang memang nampak susah sangat nak bernafas . Aina cuba jugak tenangkan ayah panggil2 nama ayah semua tapi ayah memang tak bukak mata . Macam orang tidur cuma susah nak bernafas.Sebelum ni ayah memang tidur berdengkur , hah ! macam tu la masa tu kuat dengkur dia dengan nafas yang memang nampak sempit sangat >< memang aina teringat masa arwah mak dulu T.T Aina taknak berulang lagi . Cukup laa memang rasa macam takot sangat . Jantung berdegup memang macam baru lepas lari 100 kali keliling stadium >< Lagi sedih bila pergi hospital lawat ayah tengok macam2 wayar berselirat . Terkejut lagi bila doktor cakap ayah ada pendarahan otak :'( Takut sangat punca dia sebab STRESS !! STRESS je macam tak masuk akal sangat tapi tu la punca dia . Stess sampai pendarahan , family aku memang tahu apa yang stress kan selalu lagipon ayah jenis yang suka pendam . Dia taknak orang risau sama dengan dia . Kalau sakit pon ayah mesti cakap ' Takde ape la ,biasa je' --" tu yang aku selalu marah ayah aku dulu selalu sangat berahsia . Haih , masa first day tu doktor cakap otak ayah dah mati . Aku memang menangis jerla T.T Kalau ayah sedar dan sihat pon lepas ni ayah tak kan ingat apa2 . Dia macam baby yang baru lahir,kalau bagi sdu pon dia tak tahu nak buat apa dengan sudu tu , nama orang lagi lah dia tak ingat . Sedih sangat .. Korang bayangkan jerla ayah korang tiba2 kena macam tu . Hari ni biasa je , malam sebelum tidur pon boleh lagi nak gurau2 sikit dengan korang subuh tu terus tak sedar and dekat 2 minggu . Korang tak sedih ke ? Dah la tak sedar lepas sedar pulak kemungkinan dia tak ingat korang lagi ? WTH ! Okay , aina memang macam tak larat nak bayangkan macam tu . Sekarang ni pon ikut kata abang syafiq yang jaga ayah aku dekat 2 minggu , tidur hospital semua cakap Alhamdulillah mungkin ayah akan keluar dari bilik ICU tu ke wad biasa . Now abang mintak wad VVIP ! Senang , ni campur2 tak suka >< Tau erla Hospital Klang , sebelah orang patah tangan , sebelah orang demam .. Semua campur kat situ --" InsyaAllah ayah sihat , ayah pon dah gerak2 jugak . Abang Amir cakap ayah dah gerak tangan macam nak garu kaki dia . Tu petanda baik laa sebab dah gerak gerak kan . Alhamdulillah ,sekarang cuma berdoa supaya ayah sedar dan sihat macam dulu je . Ayah dah sedar mungkin lega sikit . Lepas tu sihat terus . Ni kalau tak sedar risau tu masih ada la kan . Tipu tak risau >< SubhanaAllah , kroang pon doa2 kan lah ayah Aina okay :') Semoga ayah sedar cepat dan terus sihat . Amin ! :')