Disebalik cerita tudung dan Aina
Hello world *over*
Harini mood normal stabil dan penuh cool, rasa nak marah tu ada nak tampar-tampar korang , ohoh! Title post ni agak menarik bagi AKU , maybe korang jugak tertanya kan ? :D Mari kita mula kan cerita TUDUNG DAN AINA adakah kami ada persamaan ? Before you read the story ,please read the rules first :) ThanKYU !
RULES
1.Jangan ada apa-apa kutukan ketika atau selepas membaca
2.Diharapkan hormat pendirian Tuan Blog ~ SAYA
Pada suatu hari ~ Ehemm , Haha ! Tudung ? Apa itu tudung ? Korang yang pakai tudung pernah terfikir tak ? Mungkin ada yang pernah terfikir pada korang yang tak terfikir ? Korang pakai sebab pertama mestilah mak ayah korang suruh alasan yang diberi korang dah meningkat remaja selalunya perkara ni terjadi waktu korang darjah 4 ke atas ! Time ni kebanyakan mak ayah berhempas pulas menyuruh anak mereka pakai tudung dan alasan kedua yang diberikan adalah itu adalah aurat , sekolah agama pon ada ajar . Betol la ! Kalau korang tak pergi sekolaha gama tu agak susah nak faham erti aurat . HAHA *aku pergi sekolah agama* --" Korang pon pakai tudung dan belek muka kat cermin nampak comel . Dan korang pon dah terbiasa dengan kain yang dipanggil tudung tu !
Pada yang lain pulak masa umur darjah 4 ke atas masa mula-mula mak ayah korang suruh pakai tudung , korang pakai dan masa korang berumur 13 tahun korang rasa macam korang dipaksa sebab korang nak rasa bebas , ada yang kata tu adalah naluri biasa bagi remaja nak bebas. Dan korang pon tak pakai tudung lepas tu menjadi sakai kat banting ! haha xD That's not me at all !
Apa cerita aina dengan tudung pulak ? Ahah ! Bukan lah aina nak cakap yang mak ayah aina tak suruh pakai tudung waktu darjah 4 keatas dulu . Masa darjah5 arwah mak aina ada suruh pakai tudung . Aina rasa pelik dan dah fikir macam-macam masa tu . Macam mane ni pergi sekolah pakai tudung ? Rimasnyaa . Hari pertama tahun 2006 masa darjah 5 , pakai tudung ke sekolah ! Rasa sangatt erghh ! Betol ni apa yang aina rasa , sebab aina tak biasa ! So orang tak boleh nak marah aina . Tak biasa sebab kat rumah tak pakai tudung kalau keluar pon tak pakai tudung . Ke kau kat rumah pakai tudung ? TABIK la dowh ! Okay , balik rumah aina cakpa kat arwah mak , rimas sangat hari pertama ,tapi esok aina cari jugak tudung ! Pakai laa . Tapi pakai ON OFF la. Waktu dalam kelas pakai tapi bila waktu PJ aina bukak . Nasib baik sekolah aina waktu sekolah rendah dah biasa dengan perkara tak pakai tudung atau apa semua ni . Habis lah darjah 6 . Aina tanya mak Form1 pon kene pakai tudung ke ? Arwah mak cakap sekolah menengah lagi la kene pakai dia wajibkan . Time PJ pon kene pakai ! Time tu rasa macam .. SAKAI gila laa . Bukannya arwah mak aina atau aina sendiri tak tau yang rambut itu aurat ! Ye ! Aina tauuu ! Aina tauu tu semua ! Tapi takkan la setiap kali korang jumpa dengan orang yang tak tutup rambut dia ! yang tak pakai tudung ! Korang nak tazkirah cakap eh ! rambut itu aurattt ! Korang nak cakap macam tu ? Kalau kawan aina tegur aina boleh senyum sebab aina hormat korang . Aina terima teguran korang tapi tak perlu lah cakap banyak kali yang rambut itu aurat ! Aina tau ! Bukak aurat DOSA ! Aina tau ! Aina bukan budak umur 5 tahun yang baru nak belajar agama yer sayang :)
Arwah mak pernah cakap mak bagi bebas kat aina nak pakai tudung , taknak pakai tudung buat masa sekarang ni tak payah laa mungkin sebab arwah mak tau yang aku kalau dah panas memang tudung tu hilang . Dari aina pakai tudung on off on off baik aina tak pakai sekarang . Tapi aina rasa sedih dan hina ! Kenapa orang kat sekolah aina sekarang macam orang baru keluar hutan , pelik sangat ke tengok rambut orang ? Bukan rambut je ! Kalau korang pergi sekolah aina pakai bau lengan pendek pon orang dah pandang hina sangat . PLEASE laa ! Kenapa mesti pandang macam tu . Now , dengar sini Aina nak cakap pulak . Aina tau cara pandangan korang . Korang rasa macam yang orang yang tak pakai tudung tu teruk sangat . Tau tak pandangan korang tu buat pandangan aina pada wanita bertudung lagi TERUK !
Senang cerita orang bertudung ni kira alim la kan . bertudung , tahu pasal agama , tapi pandang hina pada orang yang tak bertudung.Islam mengajar ke pandang hina pada orang tu ? Tak kan ? Ini tak ! Ustazah2 kat sekolah tu pon aina terasa patutnya kalau betul ustazah tu bertudung labuh , purdah ke . tapi bila nampak orang tak pakai tudung perlu ke pandangan KEJI , HINA tu mesti ada dipamerkan ? Budak2 sekolah pon sama ! Korang jangan lah macam tu . STOP laa . Hina sangat agaknya yang tak bertudung ni ? eh ? Haihh !
Pandangan aina pada korang yang bertudung tapi pandang hina kat orang yang tak bertudung ! Korang pergi youtube sekarang tulis jer kat search box tu perempuan bertudung ! HAH ! bersepah yang buat maksiat . Aina bukanlah nak cakap yang tak bertudung ni tak buat maksiat . Okay ! Pilih mana lagi teruk
1)Bertudung buat maksiat
2)Tak bertudung buat maksiat
Aina pilih no.1 , sebab tu lagi teruk ! Sekarang dah macam2 kes laa . berpurdah pon dalam ada tanda salib ! Ape cite ? Bukan aina buat post ni nak menaikkan martabat wanita tak bertudung ! Cuma aina nak tau kenapa Cikgu, Ustazah , Pelajar kat sekolah aina tu pandang hina kat orang . Nampak sangat padahal orang tu tak bertudung jer ! Korang yang cerdik pandai dalam hal agama patutnnya kalau tak suka tak payah pandang ! Tu je tak perlu nak buat muka mengumpat ke . Islam ada ajar ke pandang hina pada insan yang lain ? ada ? Tolonglah ! Tu belom lagi rambut yang berperang ! Agaknya apalah kata hati orang2 kan ? Aina jujur ! rambut aina perang sekarang ! Tapi bukan lah perang kat salon tu ! Peran inai !! Tak boleh ke ustazah ? Tak boleh ? Rambut saya beruban ! Aina bukannya benci pada orang yang bertudung. PErcaya lah suatu hari nanti aina akan bertudung jugak . tapi bukan waktu sekarang ! aina teringin nak pakai dress comel comel . nak pakai macam SNSD , macma korean semua tu . Comel ! Tapi fikir laa takkanya aina nak pakai dress semua tu sampai ke tua .
Jadi korang tak payah lah nak buat pandangan macam yang orang tak bertudung ni hina sangatt . Kecoh semacam je kalau ada orang tak pakai tudung ! Haihhh ! Pelik pelik ! Cikgu pon sama . Haihh ! Kalau tegur sikit2 tu boleh lah terima yer :) Bukan bermakna aina tak bertudung aina cikaro duduk tepi alan kat banting tu . Tak semua yang tak bertudung tu jahat , dan tak semua yang bertudung tu baik :)
Renung-renungkan lah . Janji kita jangan buat maksiat , solat 5 waktu ! Pandai2 jaga diri .
Lain waktu aina cerita tentang CERITA SENTUHAN LELAKI DAN PEREMPUAN :)